Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita JPM

Berita
Berangkat tiba di Phnom Penh, Kemboja bagi Kunjungan Muhibah
30/04/2024

hm_300424.jpg

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam ini berangkat tiba di Phnom Penh, Kemboja untuk menghadiri Kunjungan Muhibah bersama President of the Senate of the Kingdom of Cambodia, Tuan Yang Terutama Samdech Techo Hun Sen. 

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen. 

Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama President of the Senate of the Kingdom of Cambodia; dan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perkhidmatan Awam, Kemboja, Tuan Yang Terutama Hun Many. 

Juga hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah DYMM ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kemboja, Tuan Yang Terutama Pengiran Kasmirhan bin Pengiran Haji Tahir.

Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto​